Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Semarak Merdeka: Warga SK Lubuk Buntar Hayati Erti Kemerdekaan

By 5 September 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aidil Azhar/Hasmah Hanafi (Bandar Baharu)

BANDAR BAHARU, 5 Sep (MalaysiaAktif) – Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 di Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Buntar berlangsung penuh meriah dengan penglibatan seramai 385 murid dan warga sekolah yang tampil dengan tema ‘Malaysia Madani: Rakyat Disantuni’.

Anak-anak SK Lubok Buntar bersemangat menyanyikan lagu-lagu patriotik sambil mengibar Jalur Gemilang.

Guru Besar Rabiaton Adawiyah Othman, berkata objektif utama sambutan ini adalah untuk memupuk semangat patriotisme serta kecintaan kepada negara, di samping menghayati perjuangan dan pengorbanan pejuang kemerdekaan.

“Selain itu, sambutan ini turut mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat serta mengingatkan kita kepada tarikh bersejarah kemerdekaan Malaysia,” katanya.

Pelbagai aktiviti bertemakan kemerdekaan diadakan seperti persembahan pentas, pertandingan melukis poster, mewarna, perkhemahan, tayangan video kemerdekaan serta ceramah kenegaraan, yang semuanya bertujuan menyemai jiwa merdeka dalam kalangan murid.

Guru Besar Rabiaton Adawiyah bersama tetamu jemputan turut bersemangat menyanyikan lagu-lagu patriotik sambil mengibar Jalur Gemilang.

Pegawai Penerangan Daerah Bandar Baharu Muhammad Azri Amir Mohd Yusof, ketika merasmikan masjlis, menyeru warga sekolah agar terus bersatu padu dan menghayati nilai kemerdekaan.

“Tiada kemerdekaan tanpa pengorbanan, tanpa kepedihan yang nyata dan tanpa darah pejuang yang menitis di bumi bertuah ini. Keranamu Malaysia, kita nikmati kebebasan hari ini,” tegasnya, di sini semalam.

Acara diserikan lagi dengan nyanyian lagu-lagu patriotik, kibaran Jalur Gemilang serta penyertaan murid dalam pelbagai pertandingan yang membangkitkan semangat cintakan tanah air.

Sambutan ini jelas bukan sahaja menceriakan warga sekolah, malah menjadi platform penting untuk menyemai kesedaran sejarah, menyuburkan nilai patriotisme dan memperkukuh semangat Malaysia Madani di peringkat akar umbi.

-RI

Tinggalkan komen anda