Skip to main content
JohorBerita SelatanBerita Tempatan

SOP Khas Hadapi Ancaman Gempa Bumi di Johor

By 23 September 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal/Facebook Mohd Jafni Md Shukor (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 23 Sep (MalaysiaAktif) — Kerajaan negeri Johor telah menyediakan prosedur operasi standard (SOP) khas sebagai persediaan menghadapi kemungkinan berlaku gempa bumi susulan siri gegaran lemah yang melanda Segamat, bulan lepas.

Jafni (tengah) ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Johor Smart City Forum (JSCF) di Pusat Konvensyen Persada Johor, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata taklimat dan bengkel bersama agensi kerajaan negeri dan persekutuan telah diadakan agar gerak kerja bersepadu semasa bencana itu berlaku berjalan dengan lancar.

“Agensi yang terlibat telah diberikan pendedahan berkenaan teknik dan tindakan yang perlu diambil apabila berlakunya gempa bumi dan peranan ini sangat penting bagi memastikan masyarakat jelas dengan tindakan yang diambil dari segi menyelamat dan bantuan yang akan dilaksanakan sekiranya berlakunya gempa bumi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Johor Smart City Forum (JSCF) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini semalam.

Kejadian gempa bumi yang berlaku akan dikemas kini oleh Jabatan Metreologi Malaysia sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan kesan akibat bencana.

Menurutnya,  kerajaan negeri sedang dalam penelitian untuk menggunakan teknologi baharu seperti alat pengesan gegaran bagi mengukur gegaran yang berlaku dengan lebih berkesan apabila bencana berlaku.

“Persiapan fasiliti bencana berada pada tahap kesiapsiagaan bantuan bersama agensi penyelamat lain agar tindakan pantas dapat diambil dengan segera,” katanya.

Sebanyak tujuh siri gegaran gempa bumi telah direkodkan sejak 24 Ogos lalu.

-RI

Tinggalkan komen anda