Skip to main content
JohorBerita SelatanBerita Tempatan

Sasaran Agenda Bandar Pintar Johor Menjelang Tahun 2030

By 23 September 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal/Facebook Mohd Jafni Md Shukor (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 23 Sep (MalaysiaAktif) — Kerajaan negeri Johor sedang giat berusaha menjadikan setiap daerah di negeri itu sebagai Banadar Pintar Johor melalui 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah dikenal pasti menjelang tahun 2030.

Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menitahkan agar Johor Smart City Forum (JSCF) dapat dilaksanakan secara berkala bagi membuktikan agenda Bandar Pintar terus diperkasa dalam membina kesejahteraan sosial pada masa hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata peruntukan tambahan bakal disalurkan kepada semua PBT di setiap daerah bermula tahun hadapan bagi memastikan aspirasi Johor sebagai negeri pintar, progresif dan mampan tercapai.

“Tambahan peruntukan sebanyak RM56 juta bakal disalurkan kepada 16 PBT untuk memastikan Johor sebagai negeri pintar di Malaysia menjadi kenyataan menerusi pembangunan negeri berpandukan kepada teknologi maklumat, kelestarian dan kesejahteraan rakyat di Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Johor Smart City Forum (JSCF) di Pusat Konvensyen Persada Johor, di sini semalam.

Menurutnya, penganjuran forum berkenaan turut mencatat sejarah apabila mendapat penyertaan daripada negara-negara ASEAN dengan lebih 40 pameran teknologi pintar, bengkel interaktif, Smart City Leadership Forum dan sebagainya.

Jafni (tengah) ketika merasmikan Johor Smart City Forum (JSCF) di Pusat Konvensyen Persada Johor, semalam.

“Forum ini menjadi medium penting dalam menghimpunkan agensi kerajaan, swasta, teknikal, akademik, pemain industri dan rakan strategik antarabangsa untuk memperkukuh aspirasi Johor menjadi bandar pintar yang kompetitif dan inklusif dengan teknologi terkini pada masa akan datang,” katanya.

Turut hadir Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) Datuk Mohd Noorazam Osman, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Datuk Mohd Haffiz Ahmad dan Pegawai Daerah Johor Bahru Mohd Masni Wakiman.

-RI

Tinggalkan komen anda