Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Golden Melon Kampung Sejagop: Emas Manis Pertanian Moden

By 9 Oktober 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Affifa Aroff/ Yusof Bistamam (Perak Tengah)

KOTA SETIA, 9 Okt (MalaysiaAktif) – Projek tanaman Golden Melon di Kampung Sejagop di sini yang diusahakan oleh Azizan Aziz kini menjadi tumpuan selepas membuktikan potensi besar dalam sektor pertanian moden dengan hasil tanaman yang berkualiti tinggi, kemanisan buah yang luar biasa dan nilai pasaran yang premium.

Pengusaha Golden Melon, Azizan Aziz, di bawah variasi SejaTi MADANI di Kampung Sejagop

Menurut Azizan, 44, projek berkenaan yang dijalankan di kawasan kebun seluas 80×40 kaki itu menempatkan sebanyak 800 pokok Golden Melon dan dilaksanakan menerusi peruntukan sebanyak RM89,000 di bawah inisiatif SejaTi MADANI.

“Walaupun pusingan pertama gagal dipasarkan akibat kesilapan teknikal seperti tidak membuang tunas, pengalaman berharga itu menjadi panduan penting untuk kejayaan pada pusingan seterusnya.

“Kini, tanaman Golden Melon berbaka ML 1388 berjaya menghasilkan buah yang rangup, manis dan tahan lama, jauh berbeza berbanding tembikai susu biasa.

Golden Melon Kampung Sejagop di tanam dalam Green House

“Tahap kemanisan buah telah diuji menggunakan Brix meter, dan jika mencapai tahap optimum, hasilnya boleh terus dijual sebagai jualan ladang,” ujarnya ketika ditemui Malaysia Aktif, kelmarin.

Tambahnya, proses penanaman memerlukan komitmen yang tinggi serta menekankan amalan pertanian organik tanpa penggunaan racun kimia, antaranya dengan mengawal serangan ulat menggunakan minyak daun semambu dan minyak bawang putih.

Azizan turut menzahirkan rasa teruja kerana Golden Melon Kampung Sejagop bukan sahaja mempunyai harga jualan antara RM12 hingga RM14 sekilogram, malah berpotensi menjadi produk pertanian bernilai tinggi yang mampu menembusi pasaran yang lebih luas.

“Dengan perancangan yang teliti, teknik penanaman yang tepat serta komitmen berterusan, projek ini diyakini mempunyai masa depan yang cerah dan berupaya menjadi contoh kejayaan pertanian moden di kawasan luar bandar,” katanya.

-AA-

Tinggalkan komen anda