Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Kes Tikam Pelajar: Kerajaan Selangor Jamin Tingkat Keselamatan Sekolah

By 14 Oktober 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/FB Amirudin Shari

SHAH ALAM, 14 Okt (MalaysiaAktif) – Kerajaan negeri Selangor akan bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta komuniti setempat untuk meningkatkan keselamatan di sekolah.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata perkara itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam masa terdekat bagi memutuskan langkah segera termasuk aspek keselamatan dan sokongan kesihatan mental pelajar.

“Kerajaan Negeri akan memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua anak-anak di sekolah menjadi keutamaan.

“Sekolah seharusnya menjadi tempat paling selamat untuk anak-anak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, negara dikejutkan dengan insiden tragik seorang pelajar perempuan tingkatan empat maut ditikam pelajar lelaki tingkatan dua, dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya, pagi tadi.

Amirudin berkata beliau telah berhubung dengan Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar yang mengesahkan siasatan sedang dijalankan dan kes berkenaan tidak melibatkan unsur perkauman.

“Sebagai seorang ayah yang turut mempunyai anak perempuan, saya tidak dapat membayangkan situasi yang sedang dilalui oleh ibu bapa mangsa.

“Saya mengucapkan takziah kepada mereka dan berdoa agar diberi kekuatan menghadapi tragedi ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

-RI

Tinggalkan komen anda