Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Majikan Disaran Perkasa Tempat Kerja Bebas Dadah

By 10 Oktober 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Irina Abd Samad

KUALA LUMPUR, 10 Okt (MalaysiaAktif) – Organisasi perniagaan perlu memperkasa ruang dan persekitaran yang bebas daripada sebarang permasalahan penyalahgunaan dadah.

Antara peserta yang turut hadir dalam program TEKAD.

Ketua Unit Pencegahan Agensi Antidadah Kebangsaan Wilayah Persekutuan (AADK WP) Dafee Mohd Zainal  berkata majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.

“Setiap individu, organisasi perlu mengambil cakna bahawa dadah adalah musuh negara dan masalah ini perlu ditangani bersama agar keluarga dan masyarakat terhindar dari penyalahgunaan dadah,” katanya ketika ditemui di Seminar Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) Tahun 2025 di Dewan Memorial Tun Hussein Onn, di sini semalam.

Seminar tersebut bertujuan berkongsi pengetahuan mengenai bahaya penyalahgunaan dadah kepada majikan dan pekerja di tempat kerja.

Menurutnya lagi,  AADK WP juga memberikan peluang kepada jabatan serta agensi masing-masing untuk melaksanakan program Pendidikan Pencegahan Dadah di tempat kerja mereka.

Penguasa Rumah Pelindungan Wanita Kuala Lumpur, Rafidahidayu Rahim berkata, program itu membantu majikan mengenal pasti lebih awal masalah kakitangan yang terlibat dengan bahan terlarang, sekali gus mewujudkan tempat kerja yang selamat dan menjaga imej organisasi.

Penguasa Rumah Pelindungan Wanita Kuala Lumpur, Rafidahidayu Rahim berkata program itu membantu majikan mengenal pasti lebih awal masalah kakitangan yang terlibat dengan bahan terlarang, sekali gus mewujudkan tempat kerja yang selamat dan menjaga imej organisasi.

Penolong Pegawai Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Daerah Dang Wangi, Azharuddin Tukiman berkata program TEKAD memberi ilmu yang baru dan membantu sesuatu jabatan untuk persediaan membuat satu jawatankuasa dalam menangani masalah dadah di tempat kerja masing-masing.

Taklimat disampaikan Pegawai AADK Daerah Cheras, Razshahfiq Ili Nadiy Roslan dan seminar dihadiri seramai 100 peserta terdiri daripada pelbagai jabatan atau agensi kerajaan serta swasta.

-RI

Tinggalkan komen anda