Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

MBSP Galak Komuniti Sayangi Alam Sekitar

By 13 Oktober 2025November 4th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Sufian Rashid (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 13 Okt (MalaysiaAktif) – Usaha menghijaukan kawasan perbandaran terus diperkasa apabila lebih 100 pokok teduhan dan pokok pinang ditanam di kawasan lapang Taman Alma, Bukit Mertajam, di sini semalam.

Jamil Zainul berkesempatan berkongsi maklumat berkaitan Belanjawan 2026 kepada para hadirin

Inisiatif berkenaan bukan sahaja menambah kehijauan landskap bandar malah memberi impak positif terhadap kualiti udara, suhu persekitaran dan kesejahteraan komuniti setempat.

Program anjuran Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dengan kerjasama penduduk tempatan serta pelbagai agensi kerajaan itu bertujuan memupuk semangat cintakan alam sekitar dalam kalangan masyarakat, seiring dengan aspirasi menjadikan Seberang Perai sebagai bandar hijau dan lestari.

Kehadiran penduduk setempat yang memenuhi ruang program

Menurut Ahli Majlis MBSP Cheen Goon Hooi, program tersebut menjadi wadah penting menggalakkan penglibatan komuniti dalam menjaga kelestarian alam sekitar.

“Melalui aktiviti seperti ini, kita bukan sahaja dapat menambah jumlah pokok di kawasan bandar, tetapi turut menyemai kesedaran tentang kepentingan memelihara alam sekitar dalam kalangan penduduk,” katanya.

Selain aktiviti penanaman, peserta turut diberi pendedahan tentang teknik penjagaan pokok dan peranannya dalam mengekalkan keseimbangan ekosistem serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat.

Turut hadir, Pegawai Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah Jamil Zainul, Pembantu Pengurus Jayamas Property Group Kenny Sin serta Wakil Ahli Parlimen Bukit Mertajam Lau Ah Sim.

-AA-

Tinggalkan komen anda