
Laporan/ foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/ JIM Labuan
LABUAN, 30 Okt (MalaysiaAktif) – Ops Bersepadu yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Labuan tengah malam semalam di satu penempatan sekitar pulau itu berjaya menahan lapan orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

21 orang warganegara Malaysia dan 35 warganegara asing diperiksa dalam operasi itu
Menurut Pengarah JIM Labuan, Raymond Entalai mereka ditahan kerana disyaki melanggar kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).
“PATI yang ditahan terdiri daripada seorang lelaki, dua orang perempuan, tiga orang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan warganegara Filipina masing-masing berumur di antara 1 tahun hingga 37 tahun.
“Bertindak atas hasil maklumat awam dan risikan yang telah dijalankan, operasi ini telah memeriksa seramai 56 orang terdiri daripada 21 orang warganegara Malaysia dan 35 orang warganegara asing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kesemua individu yang ditahan dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasa, JIM WP Labuan untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut
Jelasnya, JIM akan meneruskan tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Passport 1966, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) termasuk terhadap mana-mana pihak yang menggaji atau melindungi PATI.
“Ops Bersepadu itu melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” tambahnya.
-AA-





