Skip to main content
Berita TempatanSabah

Stesen Petrol Buka Kaunter Khas Budi95, Lancarkan Urusan Pengguna

By 2 Oktober 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Manjin Arak/Florinah Lunsin (Kudat)

KUDAT, 2 Okt (MalaysiaAktif) – Bagi memastikan pelaksanaan program subsidi bersasar Budi MADANI RON95 (BUDI95) berjalan lancar, Stesen Petronas Kudat membuka kaunter khas buat pengguna menyemak status kelayakan subsidi.

Pengurus Stesen Petronas Kudat dan Kota Marudu, Napson Tahir berkata kaunter khas tersebut perlu bagi meningkatkan kecekapan pihak stesen menguruskan perkhidmatan yang diperlukan oleh masyarakat.

Napson (kanan) turut turun padang memberi penjelasan kepada orang awam mengenai pelaksanaan BUDI95.

“Pihak kami menyediakan kaunter khas bagi memudahkan orang awam menyemak kelayakan subsidi sekali gus memastikan proses berjalan lancar. Pengesahan dokumen melalui sistem berjalan dengan lancar. Diharapkan proses ini terus kekal teratur dari semasa ke semasa.

“Subsidi yang diberikan adalah secara bersasar, hanya kepada mereka yang memiliki kad pengenalan dan lesen memandu yang sah. Bagi mereka yang tidak memiliki dokumen tersebut, mereka perlu membayar harga biasa iaitu RM2.60 seliter,” katanya ketika ditemui di sini pada Selasa.

Sementara itu, penduduk tempatan, Mohd Duski Udin, 59, berkata, pelaksanaan inisiatif BUDI95 dilihat benar-benar inklusif dan memberi manfaat kepada golongan sasar terutama mereka yang berpendapatan rendah.

Mohd Duski (kiri) ketika ditemu ramah mengenai pelaksanaan program subsidi bersasar BUDI95.

“Saya sangat berpuas hati kerana menerima subsidi petrol dan saya berharap sistem ini diteruskan oleh kerajaan kerana ia sangat membantu meringankan beban rakyat. Terima kasih kepada kerajaan atas inisiatif ini.

“Program BUDI95 adalah langkah proaktif kerajaan bagi memastikan subsidi sampai kepada golongan yang benar-benar layak, sekali gus memperkukuh kesejahteraan rakyat dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa,” ujarnya.

-RJ-

Tinggalkan komen anda