Skip to main content
Berita TempatanLabuan

1,700 Penonton Penuhi Konsert HTH 3.0

By 3 November 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Roziman Mahmudin (Labuan)

LABUAN, 3 Nov (MalaysiaAktif) – Konsert HTH (Hiburan Tanpa Henti) 3.0 anjuran Jabatan Penyiaran Negeri Labuan atau LABUANfm mencatatkan kehadiran penuh.

Menurut Timbalan Pengarah Penyiaran Negeri Labuan Howard Martin Kimsung Cornelius, sekitar 1,700 penonton memenuhi setiap ruang dewan bagi menyaksikan persembahan lima orang penyanyi popular tanah air.

Zarul Umbrella masih bertenaga menghiburkan warga Labuan.

“Inilah masanya RTM Labuan mendekati dan menyantuni pendengar setia kerana tanpa mereka stesen radio LABUANfm tidak akan terus relevan sehingga ke hari ini, sokongan pendengar kami hargai dan dizahirkan melalui penganjuran konsert HTH yang ditunggu-tunggu oleh peminat dan pendengar setia.

“Kita menampilkan barisan artis terkemuka tanah air iaitu Datuk Francisca Peter, Amelina, Amir Masdi, Zarul dan Didie Shazry bagi memperkukuh jenama RTM terutama LABUANfm kepada golongan sasar dan pendengar dari dalam dan luar Labuan,” katanya dalam satu kenyataan, kelmarin.

Francisca Peter dengan lagu-lagu malar segar membuai pelbagai lapisan penonton Konsert HTH 3.0.

Tambahnya, Konsert HTH juga platform terbaik untuk mempromosi dan memperluas program-program menerusi pelbagai platform media sosial seperti RTM klik, Facebook, Instagram, TikTok dan X.

“Konsert HTH diharap dapat memberi impak positif kepada khalayak dan merapatkan lagi LABUANfm dan komuniti setempat,” katanya.

Turut hadir Pengarah Bahagian Program Radio Jabatan Penyiaran Saifuzzaman Yusop, Ketua Penolong Pengarah Rancangan Radio Jabatan Penyiaran Sabah Aritika Matbee, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan Simsudin Sidek dan Eksekutif Kanan Promosi dan Pemasaran Financial Park Labuan Sdn. Bhd. Rosly Sapar.

-RI

Tinggalkan komen anda