
Laporan/foto: Muhammad Naim (Jempol)
JEMPOL, 3 Nov (MalaysiaAktif) – Aktiviti lasak seperti motorcross terus menjadi sukan utama di daerah Jempol apabila lebih daripada 200 peserta termasuk dari luar negara menyertai Jempol Motocross Track Day 2025.

Mohd Razi ketika menyampaikan ucapan perasmian.
Ahli Dewan Undangan (ADUN) Negeri Sungai Lui Datuk Mohd Razi Ali berkata penglibatan peserta dari luar negara seperti Jepun, Filipina dan Indonesia sekali gus menaikkan nama daerah berkenaan sebagai lokasi sukan permotoran di peringkat antarabangsa.
“Semestinya perlumbaan motocross ini harus diperkasakan dan diadakan bukan secara bermusim tetapi secara berterusan kerana ia merupakan platform untuk menyerlahkan potensi diri dan melahirkan lebih banyak penggerak sukan.

Antara peserta yang memenangi perlumbaan.
“Aktiviti ini juga dijalankan bagi meningkatkan kesedaran gaya hidup cergas dalam kalangan masyarakat lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar,” katanya berucap merasmikan program berkenaan, di sini semalam.
Jempol Motocross Track Day 2025 di Litar Motorcross Ayer Hitam Jempol yang berlangsung selama dua hari sejak Sabtu lalu dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Jempol dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS).
-RI





