
Laporan/foto: Hasnida Sarani/Shahril Alias (Negeri Sembilan)
SEREMBAN, 30 Nov (MalaysiAktif) – 200 graduan cemerlang dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah menerima penghargaan berbentuk wang tunai daripada kerajaan Negeri Sembilan, kelmarin.
Menteri Besar Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata penganugerahan berupa pemberian wang tunai RM5,000 itu adalah penghargaan kerajaan negeri kepada mereka yang memperoleh Ijazah Kelas Pertama.
“Penganugerahan ini adalah komitmen kerajaan negeri dalam memperkukuh potensi golongan muda.
“Kerajaan negeri sentiasa memberikan sokongan kepada anak-anak muda untuk terus melangkah lebih jauh dalam pendidikan. saya berharap kerjaayan hari ini menjadi permulaan kepada sumbangan yang lebih besar kepada negeri dan negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan, di sini kelmarin.
Beliau dalam pada itu turut menyarankan agar graduan terus meningkatkan kemahiran serta memanfaatkan ilmu yang diperoleh untuk manfaat masyarakat.
“Teruskan kecemerlangan dan gunakan ilmu sebaik mungkin,” katanya.
-FN





