Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Jaga Kesihatan Bukan Pilihan Tapi Tanggungjawab

By 27 November 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hasnida Sharani (Negeri Sembilan)/Luqman Hakim (Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan)

SEREMBAN, 27 Nov (MalaysiAktif) – Menjaga kesihatan bukanlah suatu pilihan tetapi tanggungjawab setiap wanita, kata Yang Dipertua Bakriyah Negeri Sembilan Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof.

Wan Hasni menggesa agar wanita berani menjalani pemeriksaan awal kanser payudara.

Beliau yang berkata demikian ketika merasmikan Program Kesedaran Kanser Payudara di Dewan Komuniti Taman Coral Heights, di sini semalam turut menggesa agar golongan itu juga berani menjalani pemeriksaan awal kanser payudara.

“Manakala, kaum lelaki mempunyai peranan besar memberi sokongan moral kepada ahli keluarga mereka,” katanya.

Antara reruai yang memberi kefahaman keperluan melakukan pengesanan awal kanser payudara.

Program yang bertujuan meningkatkan kefahaman tentang pengesanan awal penyakit tersebut berjaya menghimpunkan pelbagai agensi keraajaan dan komuniti.

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan seperti ceramah, terapi ketawa, forum, senamrobik ChairObics dan Wellness on Wheel selain perkhidmatan saringan kesihatan, termasuk saringan kanser serviks dan payudara secara percuma kepada peserta.

-RI

Tinggalkan komen anda