Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Family Fun Walk De’ Johol Bangkit Semangat Komuniti

By 23 November 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sharil Alias (IPN)

KUALA PILAH, 23 Nov (MalaysiAktif) – Program Family Fun Walk De’ Johol Peringkat Daerah Kuala Pilah 2025 menghimpunkan masyarakat setempat dalam suasana ceria dan penuh semangat kekeluargaan.

Pelepasan peserta oleh Mustapha Nagoor.

Program yang berlangsung penuh meriah di Dewan Orang Ramai Kampung Renggoh,  turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan Datuk Mustapha Nagoor, yang hadir memberi sokongan kepada penganjuran aktiviti riadah komuniti tersebut.

“Alhamdulillah, saya amat berbangga melihat komitmen dan semangat masyarakat Johol hari ini. Family Fun Walk bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, tetapi menjadi simbol perpaduan masyarakat kita.

“Terima kasih kepada Datuk Saiful Yazan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Johol atas kepimpinan dan sokongan padu dalam menjayakan program ini. Inilah contoh terbaik bagaimana komuniti bersatu untuk memartabatkan Johol,” katanya, di sini semalam.

Peserta memanaskan badan sebelum acara pelepasan.

Peserta dilepaskan pada awal pagi sebelum melalui laluan yang dipenuhi pengisian kreatif antaranya hidangan apam Johol, persembahan tarian singa yang menghidupkan suasana serta minuman cincau yang menyegarkan para peserta.

Ketibaan di garisan penamat disambut dengan juadah tradisional seperti wajik dan kuih cucur Johol yang menjadi penutup manis program.

Penganjurannya sekali lagi membuktikan kekuatan komuniti Johol dalam melaksanakan program berimpak tinggi, selain mengangkat identiti daerah sebagai komuniti yang aktif, mesra dan progresif.

-RI

Tinggalkan komen anda