Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Penaiktarafan Klinik Kesihatan Senaling Pastikan Rakyat Nikmati Perkhidmatan Lebih Selesa

By 17 November 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Othman(IPN)

KUALA PILAH, 17 Nov (MalaysiAktif) – Usaha memperkukuh sistem kesihatan rakyat di daerah ini diteruskan apabila Klinik Kesihatan Senaling dinaik taraf.

Adnan ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Menurut Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Adnan Abu Hassan, penaiktarafan fasiliti kesihatan adalah pelaburan penting demi memastikan rakyat menikmati perkhidmatan yang lebih cekap dan selesa.

“Klinik Kesihatan Senaling adalah antara pusat utama yang menampung keperluan rawatan masyarakat setempat. Dengan bangunan yang dinaik taraf ini, saya yakin mutu perkhidmatan akan meningkat, bukan sahaja dari segi kapasiti, tetapi juga dari segi kualiti layanan kepada penduduk

“Kita mahu rakyat Kuala Pilah mendapatkan akses kesihatan yang terbaik. Sokongan aset dan kelengkapan tambahan yang saya serahkan hari ini adalah sebahagian daripada komitmen untuk memastikan klinik ini terus berfungsi pada tahap optimum,” katanya ketika merasmikan Naik Taraf Bangunan di Klinik Kesihatan Senaling, di sini pagi tadi.

Tambahnya, kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan, Jabatan Kesihatan Negeri dan kepimpinan setempat adalah faktor penting dalam merealisasikan projek ini.

Adnan menyantuni orang ramai yang menerima rawatan di Klinik Kesihatan Senaling.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan Dr. Zuraida Mohamed, menzahirkan penghargaan atas sokongan padu Ahli Parlimen Kuala Pilah serta semua pihak yang terlibat.

Katanya, bangunan baharu ini akan memperluas ruang rawatan, meningkatkan kecekapan operasi dan memberikan keselesaan lebih baik untuk pesakit.

Penaiktarafan Klinik Kesihatan Senaling dijangka memberikan manfaat kepada ribuan penduduk di sekitar Senaling dan Kuala Pilah, selaras dengan aspirasi kerajaan untuk memperkukuh infrastruktur kesihatan primer di Negeri Sembilan.

-RI

Tinggalkan komen anda