
Laporan/foto: Irmadiana (Bera)/APM Bera
BERA, 19 Nov (MalaysiaAktif) – Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Bera telah menghulurkan bantuan segera kepada mangsa ribut, di sini semalam.

Rumah mangsa mengalami kerosakan teruk pada bahagian atap.
Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Bera Kapten (PA) Nurul Ashikin Mohd Anuar kejadian ribut yang berlaku kelmarin itu telah mengakibatkan kerosakan kepada rumah mangsa.
“Rumah mangsa mengalami kerosakan agak teruk ekoran daripada kejadian ribut dan pihak kami telah mengenal pasti kerosakan yang dialami,” katanya kepada media, di sini semalam.
Beliau berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Bera juga telah menyalurkan bantuan seperti tikar, toto, selimut dan tuala kepada mangsa terjejas.
“Kita juga yelah menyerahkan kit barang makanan kepada mangsa,” katanya.
Angkatan Pertahanan Awam (APM) juga katanya telah melakukan kerja-kerja pembersihan mengalihkan pokok-pokok yang tumbang di lokasi.
Turut hadir menyampaikan bantuan kepada mangsa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan Khaizulnizam Mohamad Zuldin.
-RI





