Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Siti Ariana Zahir Rasa Syukur Terima Rumah Baitul Rahmah

By 7 November 2025November 25th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hasnida Sarani (Negeri Sembilan)/JHEAINS

SEREMBAN, 7 Nov (MalaysiAktif) – Penerima rumah Baitul Rahmah, Siti Ariana Ghaib meluahkan rasa syukur serta menzahirkan penghargaan kepada semua pihak atas bantuan yang diterima dalam merealisasikan impian keluarganya.

Ucapan perasmian oleh Pegawai Khas ADUN Lenggeng.

“Saya amat bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada MAINS (Majlis Agama Islam Negeri Sembilan) serta semua yang menunaikan zakat kerana dengan sumbangan ini, kami sekeluarga akhirnya memiliki tempat berteduh yang selesa dan selamat.

“Rumah ini bukan sekadar tempat tinggal, tetapi lambang kasih sayang dan keprihatinan masyarakat terhadap kami di perkampungan Orang Asli,” katanya kepada Malaysia Aktif, di Kampung Orang Asli (KOA) Jeram Kedah, Ulu Beranang, dekat sini kelmarin.

Majlis Penyerahan Kunci Rumah Baitul Rahmah itu disempurnakan Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng Adnan Othman kepada Siti Ariana.

Mohd Asri bersama tetamu yang hadir di majlis tersebut.

Turut hadir Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) Mohd Asri Abdullah dan Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah Seremban Fauzi Ali.

Program kerjasama MAINS, JHEAINS, dan JAKOA itu menjadi bukti komitmen berterusan kerajaan dalam memperkasa kebajikan serta kesejahteraan masyarakat Islam termasuk komuniti Orang Asli di Negeri Sembilan.

-RI

Tinggalkan komen anda