Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Banduan Larikan Diri Ditahan Semula di Kluang

By 4 Disember 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman/Facebook IPD Kluang (Johor)

KLUANG, 4 Dis (MalaysiaAktif) – Seorang banduan yang melarikan diri daripada tahanan berjaya ditahan semula dalam operasi segera yang digerakkan polis bersama Jabatan Penjara Daerah Kluang, petang semalam.

Seorang banduan yang melarikan diri berjaya ditangkap semula dalam operasi segera melibatkan polis dan Jabatan Penjara Kluang petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 4.25 petang daripada seorang pegawai Penjara Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Jabatan Penjara Daerah Kluang.

Menurutnya, laporan tersebut memaklumkan seorang lelaki warga tempatan yang sedang menjalani hukuman telah melarikan diri daripada tahanan.

“Bertindak atas maklumat itu, pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang bersama anggota Jabatan Penjara daerah Kluang segera melancarkan operasi mengesan suspek,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata usaha bersepadu itu membuahkan hasil apabila banduan berusia 26 tahun itu berjaya ditahan semula pada pukul lebih kurang 5.30 petang di kawasan berhampiran reban ayam di Kampung Sri Timur.

Kes katanya disiasat mengikut Seksyen 233 dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya  sekali jika sabit kesalahan.

-RI

Tinggalkan komen anda