
Laporan/foto: M Zakry Chan/Facebook Ab Rauf Yusoh
ALOR GAJAH 12 Dis (MalaysiaAktif) – Kilang kedua EP Manufacturing Berhad (EPMB) dan Pelancaran Pengeluaran Pemasangan Pertama GWM MPV WEY G9 di Pegoh, di sini diyakini menjadi manifestasi visi dalam meningkatkan kapasiti pengeluaran sehingga 30,000 unit setahun.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menjangka lebih 1,000 peluang pekerjaan bakal dicipta.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata pembangunan itu juga dijangka mencipta lebih 1,000 peluang pekerjaan bernilai tinggi dan melahirkan lebih ramai tenaga mahir tempatan yang akan memainkan peranan penting dalam industri mobiliti masa depan.
“Nilai pelaburan keseluruhan mencecah RM800 juta, merangkumi pembangunan tanah, infrastruktur dan peralatan bagi tiga fasa utama.
“Masih segar dalam ingatan saya setahun yang lalu, kita berhimpun di sini untuk menyaksikan detik bersejarah Pelancaran Penghantaran Kereta Cekap Tenaga (EEV) ke-1,000 unit oleh EPMB,” katanya ketika merasmikan majlis perasmian kilang berkenaan di sini semalam.
-RI





