
Laporan/ foto: Allyshia. L/ Sh. Nurrul (Pahang)
KUANTAN, 5 Dis (MalaysiaAktif) – Kerajaan Negeri Pahang menyumbangkan sebanyak RM253,200 melalui Inisiatif Makmur (IM) Pahang (Kluster Atlet Makmur) 2025, di sini semalam.

Fadzli menyerahkan replika cek kepada Suraini
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan negeri Fadzli Mohamad Kamal berkata inisiatif itu bertujuan memperkukuh kebajikan atlet serta memastikan mereka terus menerima sokongan berterusan dalam usaha melahirkan lebih ramai bakat cemerlang.
“Inisiatif tersebut merangkumi bantuan kewangan, insentif kecemerlangan serta sokongan latihan yang selaras dengan hala tuju pembangunan sukan negeri,” katanya.
Majlis turut menyaksikan penyerahan cek bernilai RM253,200 sebagai komitmen jelas kerajaan negeri terhadap pelaksanaan inisiatif ini.
-AA-





