
Laporan/foto: Norfaizah Adnan/Muhaimin Musa
KUALA LUMPUR, 5 Dis (MalaysiaAktif) – Sambutan Hari Batik Malaysia 2025 berperanan penting dalam meningkatkan kesedaran masyarakat dalam penggunaan batik Malaysia, kata Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia Datuk ‘Ainu Sham Ramli.

Sambutan Hari Batik Malaysia telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Datuk ‘Ainu Sham Haji Ramli
“Ia juga membantu memastikan kelestarian seni warisan terus terpelihara dan dihargai oleh generasi masa hadapan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan berkenaan, sebagai simbol komitmen kerajaan dalam memartabatkan industri batik tempatan, di sini kelmarin.
Sementara itu, program Jom Membatik sebagai antara pengisian sambutan berjaya menyaksikan penyertaan 519 murid dan guru dari 20 buah sekolah di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
Pada masa sama, 2,940 murid juga turut menyertai aktiviti membatik tersebut secara serentak di seluruh negara.
Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan antaranya jualan batik, demonstrasi batik, pertandingan pemakaian baju batik, peragaan fesyen, eksplorasi kraf serta sesi Bicara Kraf.
-AA-





