Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Sambutan Hari Batik Malaysia 2025 Peringkat Negeri Sembilan Pamer Kreativiti Pengusaha Tempatan

By 4 Disember 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Shazreena Harith/Siti Hajar Kamis (Seremban)

SEREMBAN, 4 Dis (MalaysiaAktif) – Pameran dan Jualan Batik sempena Sambutan Hari Batik Malaysia 2025 berjaya mengetengahkan hasil kreativiti pengusaha kraf tangan di negeri ini.

Ruang utama pameran Sambutan Hari Batik Malaysia 2025 peringkat Negeri Sembilan.

Bertempat di Bangunan White House, di sini pameran anjuran Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan bermula kelmarin hingga hari ini itu bertujuan memartabatkan seni kraf Malaysia yang kian dilupakan oleh golongan muda setelah lambakan batik luar dilihat semakin mendominasi pasaran tempatan.

“Motif batik di Negeri Sembilan diilhamkan berasaskan motif bunga lado yang sinonim dengan masakan Negeri Sembilan yang terkenal iaitu gulai kuning atau gulai lemak cili api,” kata pengusaha batik Noraini Baba, ketika ditemui, di sini hari ini.

Kebaya Setengah Tiang turut dipamerkan pada sambutan berkenaan.

Turut dipamerkan ialah busana tradisional Negeri Sembilan, iaitu Kebaya Setengah Tiang, yang berpotongan lebih labuh daripada kebaya pendek tetapi tidak sepanjang kebaya panjang.

Busana ini lazimnya dipakai oleh wanita tempatan ketika menghadiri majlis keramaian atau sewaktu mengerjakan sawah

Bersesuaian dengan trend terkini, kebaya ini turut boleh digayakan secara kasual mahupun tradisional.

-RI

Tinggalkan komen anda