Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

2,573 KIR di Jelebu Berjaya Keluar Status Miskin

By 12 Disember 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Parimala Devi Suppiah/Hafiezuddin Md. Ghazazi

JELEBU, 12 Dis (MalaysiaAktif) – Seramai 2,573 Ketua Isi Rumah (KIR) di daerah ini berjaya keluar daripada status miskin setakat 30 November lepas.

Ahli Parlimen Jelebu Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata seramai 2,573 Ketua Isi Rumah (KIR) di daerah ini berjaya keluar daripada status miskin setakat 30 November lepas.

Ahli Parlimen Jelebu Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata jumlah itu adalah daripada keseluruhan 2,995 KIR dalam pangkalan data e-Kasih.

 

“Setakat ini hanya seramai 422 KIR masih berstatus sama. Pengurangan ini menunjukkan keberkesanan pelbagai intervensi kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Sumbangan Sejahtera MADANI Daerah Jelebu di Dewan Besar Kuala Klawang, di sini hari ini.

Program anjuran Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Negeri Sembilan itu jelas membuktikan komitmen kerajaan dalam mengambil berat soal kebajikan rakyat khususnya golongan rentan di Jelebu.

Jalaluddin berkata inisiatif Sejahtera MADANI merupakan agenda nasional bagi membasmi kemiskinan tegar melalui pendekatan holistik, inklusif dan bersepadu melibatkan kerajaan, syarikat korporat, sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).

Turut hadir Pengarah ICU JPM negeri Datuk Noor-Ihsan Che Mat, Pegawai Daerah Jelebu Abdul Rahim Ab. Aziz, Pengarah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Sembilan Yushanaliza Hamdan dan Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Sembilan Wan Kefli Hamid.

-RI

Tinggalkan komen anda