Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

783 Murid Orang Asli SK Kuala Betis Terima BAP

By 19 Januari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhayati Shamsu (Kelantan)

GUA MUSANG, 19 Jan (MalaysiaAktif) – Seramai 783 murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Betis menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi membantu meringankan beban ibu bapa dan penjaga dalam membuat persiapan persekolahan anak-anak.

Ucapan perasmian oleh Datuk Mohd Syahbudin Hashim ADUN Galas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Datuk Mohd Syahbudin Hashim berkata bantuan itu mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat khususnya dalam bidang pendidikan.

“Bantuan Awal Persekolahan ini dapat membantu ibu bapa menyediakan keperluan asas persekolahan seperti pakaian seragam, kasut dan alat tulis, sekali gus memastikan murid memulakan sesi persekolahan dengan lebih selesa dan bersemangat,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan berkenaan, di sini semalam.

Andak Amin Mohd menerima BAP daripada ADUN Galas untuk tiga orang anak.

Beliau turut menegaskan komitmen kerajaan untuk terus menyokong pembangunan pendidikan murid Orang Asli agar mereka tidak tercicir daripada arus pendidikan perdana.

Penerima bantuan, Andak Amin, 32, melahirkan rasa syukur atas bantuan yang diterima.

“Bantuan ini sangat membantu kami sekeluarga. Saya mempunyai tiga anak dan sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban perbelanjaan terutama bagi menyediakan barangan keperluan sekolah,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda