Skip to main content
Berita UtaraBerita TempatanKedah

Bantuan Awal Persekolahan Diperluas, Lebih 5.2 Juta Murid Terima Manfaat

By 15 Januari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar (Kedah)

ALOR SETAR, 15 Jan (MalaysiaAktif) – Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150 bagi setiap murid mula disalurkan secara berperingkat bermula 11 Jan lalu, sekali gus memberi manfaat kepada lebih 5.2 juta murid sekolah di seluruh negara termasuk pelajar Tingkatan Enam.

Pelaksanaan bantuan tersebut melibatkan peruntukan keseluruhan RM800 juta dan merupakan antara inisiatif berterusan Kerajaan MADANI melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memperkasa sektor pendidikan serta meringankan beban kewangan ibu bapa dan penjaga, khususnya menjelang sesi persekolahan baharu.

Pelbagai peralatan sekolah boleh dibeli menggunakan duit bantuan BAP ini.

Seorang penjawat awam, Mohd Tarmizi Khairodin, 40, menyifatkan pelaksanaan BAP sebagai langkah tepat pada masanya dalam membantu keluarga menyediakan keperluan persekolahan anak-anak.

“Bantuan ini amat membantu, terutamanya untuk menampung kos awal seperti pembelian pakaian seragam, alat tulis dan keperluan asas sekolah. Ia sedikit sebanyak mengurangkan tekanan kewangan ibu bapa,” katanya kepada Malaysia Aktif, semalam.

Pandangan sama turut dikongsi oleh seorang ibu, Aimi Farhana Zakaria, 36, yang menganggap inisiatif tersebut sebagai bukti keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat.

“Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, bantuan seperti ini sangat bermakna. Sekurang-kurangnya ibu bapa dapat membuat persediaan awal untuk anak-anak tanpa terlalu terbeban,” katanya.

Inisiatif BAP yang diperluas ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI untuk memastikan akses pendidikan yang inklusif dan saksama, selain terus menyokong kesejahteraan keluarga serta pembangunan modal insan negara.

-RI

Tinggalkan komen anda