Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Dodol Klasik Kuala Krau Kekalkan Air Tangan Orang Lama

By 1 Januari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Yusoffirman/FirdaufAlias (Temerloh)

TEMERLOH, 1 Jan (MalaysiaAktif) – Dodol klasik dari Kuala Krau masih mengekalkan air tangan orang lama bagi memastikan keaslian resipinya terus terpelihara.

Dodol dimasak menggunakan kayu api bagi mengekalkan keaslian rasa dan kewangian bau kayu api

Menurut Azharul Azhari, 32, yang mewarisi kaedah penghasilan dodol tersebut daripada neneknya, dodol berkenaan masih dihasilkan secara manual tanpa menggunakan sebarang mesin dan dimasak sepenuhnya menggunakan dapur kayu api.

“Kami gunakan kayu api bagi mengekalkan bau atau kewangian asli hidangan klasik itu,” katanya.

Menceritakan detik awal menghasilkan dodol dengan resepi asli tradisional ini, Azharul memberitahu beliau mewarisi daripada neneknya.

“Bermula tahun 2020, nenek ajak buat dodol untuk makan sendiri sahaja dan dari situ terlintas untuk mula mengkomersilkan hidangan tradisi ini,” katanya.

Proses penghasilan dodol ini mengambil masa yang lama bagi mengekalkan keunikan rasa makanan tradisional ini

Ujarnya lagi, resepi asal dikekalkan bagi memastikan keaslian produk tradisional ini digunakan sepanjang zaman.

“Dodol ini juga dimasak tanpa sebarang bahan pengawet, namun dapat bertahan lama kerana penghasilannya mengambil masa yang sangat lama.

“Bila ambil masa lama untuk masak, kita pastikan juga ia betul-betul masak, ini menjadikan dodol klasik kita tetap tahan lama dan sangat lazat,” katanya lagi.

-AA-

Tinggalkan komen anda