Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Jualan Rahmah Jadi Pilihan Rakyat

By 18 Januari 2026Januari 20th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Ridhuan (Seberang Perai Utara)

PINANG TUNGGAL, 18 Jan (MalaysiaAktif) – Program Jualan Rahmah anjuran Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal terbukti memberi impak langsung kepada masyarakat setempat apabila membantu meringankan kos sara hidup rakyat melalui penawaran barangan keperluan asas pada harga jauh lebih rendah berbanding pasaran.

Program tersebut mendapat sambutan menggalakkan khususnya dalam kalangan golongan B40 dan M40 apabila pelbagai barangan harian seperti beras, minyak masak, gula, tepung, ayam segar serta barangan dapur lain dijual pada harga berpatutan dan mudah diakses.

Selain pembayaran secara tunai, kaedah pembelian tanpa tunai turut disediakan di Jualan Rahmah bagi memudahkan urusan pelanggan.

Menurut penganjur, pelaksanaan Program Jualan Rahmah merupakan antara inisiatif berterusan kerajaan bagi memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara, di samping menjamin ketersediaan bekalan barangan asas dalam menghadapi tekanan kos sara hidup semasa.

Salah seorang pelanggan, Nur Rezwane, 40, menyifatkan program ini sebagai inisiatif yang sangat membantu dan wajar diteruskan dari semasa ke semasa.

“Harga yang jauh lebih rendah daripada kedai biasa menjadikan jualan rahmah ini tempat yang wajib dikunjungi. Barang seperti beras, telur dan minyak masak peket senang didapati, malah harga yang ditawarkan memang sangat berbaloi,” katanya ketika ditemui wartawan Malaysia Aktif, di sini kelmarin.

Program Jualan Rahmah ini dijangka akan diperluaskan ke beberapa lokasi lain bagi memastikan lebih ramai rakyat dapat menikmati manfaat secara menyeluruh dan berterusan.

-RI

Tinggalkan komen anda