Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Kempen 1 Keluarga 1 Anggota SRS Memperkukuh Keselamatan Komuniti

By 31 Januari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Fauzi (Tampin)

TAMPIN, 31 Jan (MalaysiAktif) – Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Zulkifli Hashim, menggalakkan penambahan keanggotaan SRS dengan konsep Kempen 1 Keluarga 1 Anggota SRS bagi memperkukuh keselamatan komuniti.

Ketua Pengarah JPNIN menyampaikan ucapan perasmian.

“Ini bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman di taman perumahan disamping membantu tugasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencegah jenayah,” katanya pada Program Jom Ronda Bersepadu Peringkat Daerah Tampin Tahun 2026 di Balai Raya Kampung Seri Gemencheh, di sini semalam.

Menurutnya, JPNIN akan melancarkan aplikasi mySRS yang bertujuan memudahkan anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) membuat laporan secara masa nyata dan terus dihantar kepada negeri dan ibu pejabat.

Pemeriksaan barisan SRS KRT Gemencheh Lama.

“Aplikasi ini turut membantu pihak JPNIN mengetahui keberadaan petugas ketika membuat rondaan,” ujarnya

Pada majlis tersebut, Zulkifli turut menyampaikan kelengkapan Skuad Uniti Tampin serta peralatan SRS kepada RT Progresif, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Gemencheh Lama dan merasmikan kabin SRS RT Progresif Pekan Gemencheh Lama sebagai bilik gerakan utama.

-RI

Tinggalkan komen anda