Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Program RFA Lambang Cinta Terhadap Alam Sekitar

By 31 Januari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Shazreena Harith/Norsuriati Mohd Yussof

AMPANGAN, 31 Jan (MalaysiaAktif) – Program River Front Ampangan (RFA) membuktikan keprihatinan dan kecintaan masyarakat terhadap alam sekitar serta dilaksanakan demi kepentingan penduduk setempat, bukan untuk kepentingan peribadi, kata Dato’ Tengku Zamrah Tengku Sulaiman.

Antara tetamu yang hadir.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO Negeri Sembilan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, berkata demikian ketika merasmikan program tersebut di Stesen #2, Tebing Sungai Paroi, di sini hari ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak River Front Ampangan Dato’ Dr. Zainal Arifin Omar, projek RFA yang bermula dari Jambatan Taman Bukti bertujuan untuk mengembalikan fungsi asal sungai sebagai nadi kehidupan masyarakat.

Sesi gotong-royong.

“Projek ini mengangkat tema ‘Denai Di Jejak Sungai Di Hati Warisan Abadi’ agar sungai ini terus terpelihara dan menjadi legasi berharga buat generasi akan datang.

“Kawasan Ampangan ini merupakan tempat saya dilahirkan dan insya-Allah juga tempat saya berakhir,” ujarnya meluahkan rasa cinta dan tanggungjawab terhadap kawasan tersebut.

Orang ramai turut diseru agar bersama-sama menjaga kebersihan dan keindahan sungai.

Turut hadir Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan Supian Musa.

-RI

Tinggalkan komen anda