Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Beri Kelegaan, Tingkat Motivasi Bekerja

By 23 Januari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka)

AYER KEROH, 23 Jan (MalaysiaAktif) – Penjawat awam mula menikmati kenaikan gaji fasa dua di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) melibatkan kadar keseluruhan sebanyak 15 peratus bagi Kumpulan Pelaksana serta Kumpulan Pengurusan dan Profesional, manakala tujuh peratus bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

Kenaikan gaji penjawat awam semalam disambut baik oleh golongan penjawat awam apabila dilihat mampu meringankan beban kos sara hidup yang semakin meningkat.

Seorang penjawat awam, Namsivayam Martin, 40, berkata kenaikan gaji ini dapat membantu perancangan kewangan keluarga, khususnya bagi menampung perbelanjaan harian dan pendidikan anak-anak.

“Kenaikan ini amat bermakna dan memberi nafas baharu kepada kami untuk terus bekerja dengan lebih bersemangat,” katanya ketika ditemui Malaysia Aktif, di sini semalam.

Noor Adha, berharap kualiti kerja ditingkatkan selari dengan kenaikan gaji penjawat awam.

Langkah tersebut juga dianggap sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan komitmen penjawat awam dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Pegawai Penerangan Daerah Melaka Tengah, Noor Adha Hashim, 43, menyifatkannya sebagai suntikan motivasi untuk meningkatkan prestasi dan kualiti penyampaian perkhidmatan awam.

“Saya berharap kebajikan penjawat awam akan terus diberi perhatian selari dengan tuntutan semasa,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda