Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Kerajaan Sedia Peruntukan RM13.5 Juta Bagi Pembangunan dan Tambah Baik Kemudahan SJKC Perting

By 23 Januari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Firdaus Zaki (Bentong)

BENTONG, 23 Jan (MalaysiaAktif) – Kerajaan memperuntukan sebanyak RM13.5 juta bagi pembangunan dan penambahbaikan kemudahan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Perting, di sini sebagai usaha memperkasa sektor pendidikan.

Perdana Menteri bergambar beramai-ramai usai program.

Peruntukan diberikan sebagai sebahagian daripada persediaan untuk kemasukan prasekolah pada usia lima tahun dan darjah satu pada umur enam tahun secara sukarela bermula tahun hadapan.

Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim berkata RM300,000 diluluskan bagi membolehkan kerja-kerja dilaksanakan segera.

Sebahagian orang ramai yang hadir memberi sokongan dan memeriahkan program.

“Ini di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) 2026, projek sudah lulus, kerja awal boleh jalan sekarang, supaya tidak menimbulkan masalah bagi masa depan pelajar,” katanya ketika berucap sempena Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Tionghua di Dewan Utama SJKC Perting, di sini semalam.

Majlis berkenaan turut dihadiri Menteri Besar Pahang Dato’ Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta barisan kepimpinan negeri dan persekutuan.

Seramai 2,000 hingga 3,000 orang hadir memeriahkan program yang berlangsung dalam suasana penuh semangat dengan sokongan masyarakat setempat.

-RI

Tinggalkan komen anda