Skip to main content
Berita TempatanSabah

Kerjasama Strategik Perkasa Penyampaian Maklumat Kerajaan di Sekolah

By 15 Januari 2026Januari 19th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Mohd Said Kalihing/Muhamad Noor Abdu Rahman/Tseu Chung Yee (Keningau)

KENINGAU, 15 Jan (MalaysiaAktif) – Jabatan Penerangan Daerah Keningau terus memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara agensi kerajaan menerusi sesi libat urus bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Keningau.

Pegawai Penerangan Daerah Keningau, Mohd Said Kalihing berkata, sinergi antara Jabatan Penerangan dan PPD amat signifikan dalam memastikan penyampaian maklumat yang sahih dan tepat kepada golongan pelajar serta warga pendidik, khususnya berkaitan Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA).

“Institusi sekolah merupakan platform strategik dalam menyebarkan maklumat yang betul berkaitan inisiatif kerajaan seperti Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA), aspirasi Malaysia MADANI serta usaha membendung penularan berita palsu.

“Selain itu, penekanan turut diberikan terhadap kepentingan penganjuran program secara bersama antara jabatan bagi meningkatkan tahap literasi digital dan media dalam kalangan pelajar dan guru, sejajar dengan cabaran era digital masa kini,” katanya ketika ditemui di Pejabat Pendidikan Daerah Keningau di sini, pada Selasa.

Sementara itu, PPD Keningau, Suhaimi Matshah menyambut baik usaha tersebut dan percaya kerjasama ini mampu menyumbang ke arah pembentukan masyarakat yang berinformasi serta proaktif, khususnya dalam kalangan generasi muda.

“Pihak PPD bersedia untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Penerangan dan melihat jalinan kerjasama ini sebagai satu langkah positif dalam membentuk pemikiran kritis serta semangat kewarganegaraan yang bertanggungjawab dalam kalangan pelajar,” jelasnya.

-RJ-

Tinggalkan komen anda