Skip to main content
Berita TempatanSabah

Majlis Semarak MADANI Perkukuh Hubungan Kerajaan, Rakyat

By 13 Januari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan / Foto: Sitti Jakiyah Abd Rahim (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 13 Jan (MalaysiaAktif) – Majlis Semarak MADANI menjadi inisiatif berterusan kerajaan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih inklusif dan mesra rakyat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Salah seorang pengunjung yang juga penjawat awam, Suzie Singkun, 28, menyifatkan penganjuran majlis seumpama ini sangat berkesan sebagai platform untuk memperkukuh hubungan antara kerajaan dan rakyat melalui penglibatan pelbagai agensi.

“Perkhidmatan yang disediakan amat membantu dan memudahkan urusan orang ramai. Saya berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang serta memberi manfaat yang lebih luas, khususnya kepada masyarakat luar bandar.

Suzie Singkun bergambar bersama topi keledar percuma yang diterima selepas memperbaharui lesen memandu di kaunter JPJ Mobile sempena Majlis Semarak MADANI.

“Selain mengetahui perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi kerajaan, saya juga menerima topi keledar percuma selepas memperbaharui lesen memandu di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Mobile yang disediakan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Semarak MADANI Kampung Sembulan di Dewan Pride, Sekolah Menengah Kebangsaan Sanzac, di sini pada Ahad.

Sementara itu, penerima sumbangan Kembali Ke Sekolah, Mohammad Hisyamuddin Jakki, 17, berkata bantuan tersebut amat bermanfaat dalam menampung keperluan persekolahan serta kebajikan keluarga yang memerlukan.

“Program ini sangat membantu pelajar yang memerlukan sokongan untuk membuat persediaan kembali ke sekolah. Saya bersyukur dan berterima kasih atas keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan pelajar.

Mohammad Hisyamuddin bin Jakki (kiri) bersama rakannya, Al-Yousof, menunjukkan sumbangan Kembali ke Sekolah yang diterima, sekali gus membantu meringankan beban persekolahan menjelang sesi baharu.

“Sumbangan yang diterima bukan sahaja memberi kelegaan kepada pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan, malah menjadi dorongan untuk terus berusaha dan berjaya dalam pelajaran,” katanya.

-RJ-

Tinggalkan komen anda