Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Seni Kaligrafi Cina Perkasa Perpaduan Kaum di DUN Gambir

By 27 Januari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Shahrina Amran (Tangkak)/Sharihan Jani

TANGKAK, 27 Jan (MalaysiaAktif) – Keunikan seni kaligrafi Cina menjadi jambatan perpaduan buat masyarakat berbilang kaum di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir.

Sharihan, berkata program berkenaan menjadi platform kepada peserta mempamerkan bakat serta kreativiti dalam seni kaligrafi Cina.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir Sharihan Jani berkata penganjuran program kebudayaan seperti itu bukan sahaja mengangkat seni dan budaya masyarakat Cina, malah berperanan sebagai medium penting dalam memperkukuh perpaduan serta keharmonian masyarakat berbilang kaum di kawasan DUN berkenaan.

“Penganjuran program berunsur kebudayaan seperti ini amat wajar diteruskan kerana ia memberi ruang kepada masyarakat untuk saling mengenali, memahami dan menghormati kepelbagaian budaya yang menjadi kekuatan negara kita,” katanya ketika berucap pada program tersebut di Stadium Foong Yong Kong, di sini kelmarin.

Menurutnya, program berkenaan menjadi platform kepada peserta mempamerkan bakat serta kreativiti dalam seni kaligrafi Cina, sekali gus memelihara warisan budaya yang kaya dengan nilai estetika dan falsafah tersendiri.

Sharihan mencuba sendiri teknik penulisan seni kaligrafi Cina.

“Penyertaan dan sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat jelas membuktikan semangat muhibah serta kerjasama yang kukuh dalam kalangan komuniti setempat,” katanya.

Selain pertandingan kaligrafi, program itu turut diserikan dengan pelbagai persembahan termasuk tarian naga yang memukau, sekali gus menambah kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina di kawasan berkenaan.

-RI

Tinggalkan komen anda