Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Sumbangan Tunai Rahmah Beri Kelegaan Kepada Golongan B40

By 20 Januari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka)

BANDA HILIR, 20 Jan (MalaysiaAktif) – Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dengan peruntukkan keseluruhan sebanyak RM1.1 bilion oleh Kerajaan MADANI mula dikreditkan kepada lima juta penerima yang layak secara berperingkat, bermula hari ini.

STR Fasa 1 dilihat memberi kelegaan kepada rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup selain sebagai usaha berterusan bagi membantu rakyat yang memerlukan selari dengan ikhtiar pemulihan ekonomi negara dan peningkatan kesejahteraan hidup masyarakat.

Siti Muliana Hassan, ibu lima anak ini bersyukur dengan Sumbangan Tunai Rahmah yang diterima

Inisiatif berkenaan mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela.

Penerima STR, Aqil Fadzil, 32, berkata sumbangan tersebut sedikit sebanyak membantu menampung perbelanjaan harian termasuk keperluan asas seperti barangan dapur dan keperluan persekolahan anak-anak.

“Bantuan tunai itu amat bermakna kepada saya sekeluarga terutamanya dalam keadaan kos pembelanjaan harian yang meningkat akibat tekanan ekonomi semasa,” katanya kepada Malaysia Aktif, di sini hari ini.

Siti Muliana Hassan, 44, pula berkata walaupun jumlahnya tidak besar, STR ini sangat membantu dan memberi ruang untuk kami mengurus kewangan dengan lebih baik.

“Bantuan berfasa ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban perbelanjaan bulanan kami sekeluarga bagi membeli keperluan harian,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda