Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

100 Asnaf, Anak Yatim, Mualaf Terima Bakul Ramadan

By 26 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Raffiuddin Faizul (Terengganu)

SETIU, 26 Feb (MalaysiaAktif) – Seramai 100 golongan asnaf, anak yatim dan mualaf di sini menerima sumbangan bakul ramadan dalam satu majlis penuh bermakna, semalam.

Antara penerima sumbangan bakul Ramadan berupa barangan keperluan dapur.

Program anjuran Kelab Wanita Ikon Terengganu di Pejabat Mysha Perfume (M2G) diterajui Wanita Ikon Malaysia 2024/2025 Dr. Sharifah Marzety Adibah Al Sayed Mohamad bersama barisan kepimpinan kelab yang komited menyantuni golongan kurang berkemampuan di bulan Ramadan.

Menurut Sharifah Marzety Adibah program berkenaan merupakan antara inisiatif tahunan kelab dalam usaha berterusan membantu golongan memerlukan khususnya menjelang bulan yang penuh keberkatan.

“Pihak kelab komited untuk memperluaskan lagi program kebajikan dengan kerjasama pelbagai agensi dan rakan strategik pada masa hadapan.

“Program ini bukan sekadar menyampaikan sumbangan tetapi sebagai tanda keprihatinan dan kasih sayang kepada masyarakat setempat. Kami berharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban penerima dalam membuat menyambut Ramadan,” katanya kepada Malaysia Aktif.

Saiful Adli, melahirkan rasa syukur atas bantuan yang diterima amat membantu dalam menampung perbelanjaan keluarga.

Penerima sumbangan Saiful Adli Yaacob, 34, bersyukur kerana bantuan yang diterima amat membantu dalam menampung perbelanjaan keluarga.

“Saya amat terharu atas keprihatinan ini. Sumbangan bakul Ramadan ini sedikit sebanyak membantu kami sekeluarga menyambut bulan yang mulia,” katanya.

Sumbangan bakul Ramadan tersebut mengandungi barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak dan tepung serta barang kelengkapan dapur.

-RI

Tinggalkan komen anda