Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

200 Penduduk Serom Terima Agihan Bantuan Sempena Tahun Baharu Cina

By 13 Februari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Latifah Salleh (Tangkak)

TANGKAK, 13 Feb (MalaysiaAktif) – Seramai 200 individu daripada golongan sasar di Serom, di sini menerima sumbangan angpau sempena Tahun Baharu Cina, kelmarin.

Sebahagian peserta yang hadir.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serom, Khairin-Nisa Ismail berkata menjadi komitmennya untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa terbela selain agenda pembangunan terus diperkasa.

Beliau turut memuji semangat perpaduan yang ditunjukkan komuniti setempat pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina serta Penyerahan Sumbangan Kasih tersebut yang menurutnya mencerminkan keunikan Malaysia yang sentiasa terbuka meraikan kepelbagaian budaya.

“Tahun Baharu Cina bukan sekadar perayaan tradisi masyarakat Tionghua, tetapi ia membawa makna mendalam tentang nilai kekeluargaan, semangat baharu, serta harapan untuk masa depan yang lebih gemilang,” katanya pada majlis tersebut di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sungai Senduk, di sini kelmarin.

Khairin-Nisa justeru menyeru agar momentum sambutan perayaan ini dijadikan platform untuk memperkukuh integrasi nasional dan menolak sebarang bentuk perpecahan demi kelangsungan keharmonian negeri.

Beliau turut menegaskan aspirasi untuk menjadikan kawasan Serom sebagai sebuah wilayah yang progresif dan sejahtera melalui kerjasama erat antara kerajaan dan rakyat.

-RI

Tinggalkan komen anda