Skip to main content
Berita TempatanSarawak

79 Atlet Zon Utara Berlepas Ke SUKSAR IV 2026

By 4 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto:Siti Faridah/Mohd Zaki (Bintulu)

BINTULU, 4 Feb (MalaysiaAktif) – Seramai 79 atlet Zon Utara termasuk pengurus pasukan dan jurulatih memulakan perjalanan ke temasya Sukan Sarawak (SUKSAR) IV 2026 dalam Majlis Pelepasan yang berlangsung di Dewan Suarah Bintulu, semalam.

Majlis pelepasan disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming bersama ADUN Jepak Iskandar Turkee serta Residen Bahagian Bintulu merangkap Chef de Mission Zon Utara Datu Nyurak Keti.

Jolene Leong ketika ditemu bual pada majlis pelepasan pagi semalam, memaklumkan kontinjen Zon Utara menghantar 222 atlet untuk bersaing di SUKSAR IV 2026.

Menurut Urusetia dan Pegawai Majlis Sukan Negeri Sarawak, Jolene Leong, seramai 222 atlet keseluruhan mewakili Zon Utara pada temasya kali ini.

Beliau berkata kontinjen Zon Utara akan bersaing dalam empat acara iaitu bola jaring, petanque, sepak takraw (lelaki) dan taekwondo.

Pada majlis sama, Nyurak menzahirkan harapan agar semua atlet Zon Utara dapat mempamerkan prestasi terbaik sepanjang kejohanan berlangsung.

“Semoga semua atlet dari Zon Utara ini memperoleh kejayaan dan mengharumkan nama bahagian di SUKSAR IV 2026,” katanya kepada Malaysia Aktif, di sini semalam.

Allexandre Axcell anak Juntan, atlet taekwondo yang meraih emas SUKSAR 2023 serta mencatat kemenangan terbaharu di Taiwan, kembali dipilih memperkuatkan Zon Utara bagi edisi SUKSAR IV 2026.

Bagi lokasi pertandingan, daerah Betong akan menjadi tuan rumah bagi acara taekwondo dan bola jaring, manakala Sri Aman mengendalikan acara petanque dan Lubok Antu bagi acara sepak takraw (lelaki).

Sementara itu, atlet kelahiran Bintulu, Allexandre Axcell Juntan, 19, turut mencuri perhatian apabila kembali menggalas cabaran Zon Utara dalam kategori Bantam Weight (63 kilogram (kg)).

Beliau sebelum ini meraih pingat emas dalam kategori Fly Weight (58 kg) pada SUKSAR 2023.

SUKSAR IV 2026 dijadual berlangsung esok hingga Ahad ini melibatkan beberapa lokasi pertandingan di Betong dan Sri Aman.

-RJ-

Tinggalkan komen anda