Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Agihan Bubur Lambuk Himpunkan Penggiat e-Hailing dan p-Hailing di Bukit Katil

By 25 Februari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam/Facebook Istana Melaka (Melaka Tengah)

BUKIT KATIL, 25 Feb (MalaysiaAktif) – Program Agihan Bubur Lambuk anjuran bersama Kelab Pengamal Media Melaka (PENDIKA), World Youth Foundation(WYF) serta Pertubuhan Lestari Ekonomi Aktivis GIG Digital Malaysia (LEAD) telah berlangsung dengan meriah di Perkarangan Masjid Sayyidina Ali, di sini kelmarin.

Aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk

Program yang telah disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam itu telah menghimpunkan sektor industri e-hailing dan p-hailing sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan mereka kepada masyarakat, khususnya sepanjang bulan Ramadan.

Presiden PENDIKA Amir Mamat berkata konsep agihan bubur lambuk itu memberi fokus kepada dua sektor utama tersebut di samping menjalinkan kerjasama melalui pelbagai agensi terutama WYF serta LEAD.

“Sebanyak 10 periuk bubur lambuk dimasak secara gotong-royong dan diagihkan kepada penduduk setempat serta agensi-agensi yang terlibat secara langsung mahupun sebaliknya,” katanya.

-AA-

Tinggalkan komen anda