Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

KDN Fokus Ubah Pendekatan Menghukum kepada Pemulihan

By 25 Februari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shaharuddin Daud/Syukri Norizan

SEREMBAN, 25 Feb (MalaysiaAktif) – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan terus memfokus kepada perubahan pendekatan daripada menghukum kepada pemulihan yang lebih berkesan dalam komuniti.

Saifuddin menyaksikan sesi penyerahan zakat fitrah ODS PRP Mantin kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perkara itu juga seharusnya menjadi tanggungjawab bersama oleh seluruh komuniti.

“Kita sepatutnya tidak lagi melihat golongan ini sebagai sesuatu yang perlu dihukum semata-mata, tetapi sebagai tanggungjawab bersama untuk dipulihkan. Komuniti awam memainkan peranan penting sebagai sistem sokongan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Penerapan Nilai-Nilai Murni di Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP), Mantin, di sini semalam.

Sementara itu, beliau berkata program yang dilaksanakan itu bukan sekadar untuk menyalurkan bantuan kebajikan, malah memberi penekanan kepada pembangunan insan, peningkatan kemahiran dan sokongan psikososial dalam kalangan Orang Diselia (ODS).

Pendekatan itu katanya selari dengan aspirasi Ihsan di bawah kerangka Malaysia MADANI yang menitikberatkan nilai kemanusiaan, kasih sayang dan peluang kedua kepada mereka yang memerlukan serta membuka ruang kepada ODS kembali membina kehidupan secara bermaruah tanpa stigma.

-RI

Tinggalkan komen anda