Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

ICU JPM Perkasa Golongan Sasar Tangkak Melalui Sejahtera MADANI

By 9 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Latifah Salleh (Tangkak)/ICU JPM Johor

TANGKAK, 9 Feb (MalaysiaAktif) – Program Outreach Inisiatif Sejahtera MADANI Negeri Johor Tahun 2026 menyasarkan untuk mensejahterakan rakyat secara menyeluruh agar lebih terjamin dan mampan.

Salah seorang penerima bantuan program Sejahtera MADANI-Pendidikan

Pengarah Pembangunan Negeri Johor Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Dr. Mohd Khalid Abdul Samad berkata pihaknya mahu memastikan golongan belia eKasih khusunya tidak terputus peluang untuk menyambung pelajaran dan meningkatkan kemahiran sendiri.

“Ia seterusnya membolehkan mereka memperoleh pekerjaan yang stabil demi mengubah nasib diri dan keluarga masing-masing,” katanya ketika berucap merasmikan program berkenaan di Dewan Padang Lerek 2, di sini semalam.

Pada program tersebut, seramai lima peserta eKasih Daerah Tangkak menerima bantuan melalui program Sejahtera MADANI-Peningkatan Pendapatan, manakala 20 pelajar sekolah rendah pula menerima bantuan Kembali ke Sekolah Tahun 2026 di bawah Sejahtera MADANI-Pendidikan.

Dr. Mohd Khalid meninjau pameran sempena Program Outreach Sejahtera MADANI

Mohd Khalid berkata program berkenaan merupakan platform untuk pihaknya memperluas hebahan serta menyediakan akses kepada pendidikan, peluang kerjaya dan peningkatan pendapatan khususnya kepada peserta eKasih serta masyarakat setempat.

Beliau turut memaklumkan seramai 482 Ketua Isi Rumah (KIR) di Daerah Tangkak berjaya dikeluarkan daripada status miskin daripada keseluruhan 966 KIR, menjadikan jumlah terkini KIR miskin di daerah itu sebanyak 484 KIR.

Mohd Khalid yakin sasaran Kerajaan MADANI untuk mencapai sifar kemiskinan di Johor menjelang 31 Julai ini dapat dicapai melalui kerjasama bersepadu semua pihak dan agensi berkaitan.

Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Tangkak, Mohd Izzudin Mohd Azman dan Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri Johor, ICU JPM Johor, Datin Norasikin Noordin.

-AA

Tinggalkan komen anda