Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Tabika KEMAS/JAKOA Dapat Bangunan Baharu

By 10 Februari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hasrulazlinda Hassan/Muhammad Fazlan Shah Muszapar Shah (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 10 Feb (MalaysiaAktif) – Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) Jabatan Kemajuan MAsyaraka (KEMAS)/Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kampung Orang Asli Bari, Johol, di sini mendapat bangunan baharu setelah beberapa tahun menumpang bangunan surau di kampung tersebut.

Penerima bantuan persekolahan.

Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Sembilan Melaka Shahrani Idderis berkata bangunan baharu ini merupakan manifestasi kerajaan dalam memberikan kemudahan pendidikan yang lebih selesa, kondusif, selamat dan inklusif kepada anak-anak Orang Asli.

“Komitmen kerajaan yang berterusan ini diharap dapat memberikan impak yang positif kepada masyarakat Orang Asli betapa pentingnya Pendidikan awal kanak-kanak,” katanya di sini semalam.

Tabika KEMAS/JAKOA Kampung Orang Asli Bari yang siap sepenuhnya pada 23 Dis lalu, menempatkan seramai 20 orang murid berumur empat hingga enam tahun dan telah memulakan pembelajaran mereka bulan lepas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Johol Dato’ Saiful Yazan Sulaiman yang hadir merasmikan majlis tersebut turut menyampaikan bantuan persekolahan kepada 10 orang murid dan bakul makanan kepada 150 penerima.

-RI

Tinggalkan komen anda