Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Karnival Sukan Rakyat DUN Temenggor Kukuhkan Semangat Kebersamaan

By 1 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Senaying Ahud (Hulu Perak)

HULU PERAK, 1 Feb (MalaysiaAktif) – Karnival Sukan Rakyat@DUN Temenggor 2026 yang berlangsung di Lapangan Terbang Gerik, di sini semalam berjaya menghimpunkan masyarakat pelbagai lapisan dalam suasana penuh muhibah dan perpaduan.

Saarani sedang beramah mesra dengan pengunjung yang hadir ke karnival tersebut

Program berkonsepkan kebersamaan itu menampilkan pelbagai pengisian menarik antaranya perarakan rumah sukan, pertandingan rumah tercantik, sukan rakyat, tarik tali serta aktiviti kanak-kanak yang mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.

Menteri Besar Perak Dato’ Seri Saarani Mohamad, berkata penganjuran program kemasyarakatan seperti ini merupakan platform terbaik dalam memperkukuh hubungan antara pemimpin dan rakyat.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak Dato’ Salbiah Mohamed, berkata penganjuran karnival tersebut mencerminkan konsep kebersamaan yang perlu diterapkan dalam pembangunan negeri.

Pertandingan tarik tali antara aktiviti yang menarik berlangsung semalam

“Saya yakin kebersamaan akan membuahkan keberhasilan, terutamanya dalam menjayakan Pelan Perak Sejahtera 2030.

“Kesepakatan antara pemimpin, agensi dan komuniti amat penting dalam usaha membangunkan daerah Hulu Perak agar manfaatnya dapat dinikmati secara menyeluruh,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian karnival tersebut.

Tambah Salbiah, sukan merupakan medium terbaik untuk menghubungkan masyarakat tanpa mengira usia dan latar belakang, sekali gus menyemai semangat kekitaan.

Seorang peserta, Paramesvari Jacob, 35, melahirkan rasa gembira kerana dapat menyertai aktiviti tersebut yang menyifatkan ia sebagai medan terbaik untuk berinteraksi dalam suasana harmoni.

Karnival tersebut bukan sahaja menjadi medan riadah keluarga, malah berperanan sebagai pemangkin kepada pengukuhan hubungan sosial dalam kalangan penduduk di kawasan DUN Temenggor.

-AA-

Tinggalkan komen anda