Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Kota Kesihatan Melaka Hab Pelancongan Perubatan Baharu

By 15 Februari 2026Februari 17th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka)/Facebook Ab Rauf Yusoh

AYER KEROH, 15 Feb (MalaysiaAktif) – Satu lagi lakaran sejarah tercipta apabila majlis pecah tanah dua projek hospital utama iaitu Putra Specialist Hospital 2 dan Brain and Spine Hospital berlangsung di sini Jumaat lepas.

Ucapan perasmian boleh Ketua Menteri Melaka.

Inisiatif ini menjadi mercu tanda baharu dalam memperkukuh landskap perkhidmatan kesihatan negeri Melaka dan apabila siap kelak akan dikenali sebagai Kota Kesihatan Melaka.

Menurut Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Putra Specialist Hospital 2 bakal menyediakan sehingga 300 katil, sekali gus memperluas akses kepada rawatan pakar dan teknologi perubatan moden.

“Sejak tahun 2023 hingga 2025, lebih 10,000 pelancong kesihatan telah mendapatkan rawatan di Putra Hospital Melaka. Ini satu bukti keyakinan berterusan terhadap keupayaan dan kualiti perkhidmatan kesihatan di negeri ini.

Kota Kesihatan Melaka Hab Pelancongan Perubatan Baharu.

“Paling penting, Putra Specialist Hospital 2 juga juga berfungsi sebagai pusat rawatan awal bagi pesakit jantung di wilayah selatan sebelum mereka dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN). Kolaborasi perkhidmatan IJN akan terus diperkukuh di Putra Specialist Hospital 2 bagi memastikan kesinambungan rawatan yang lebih komprehensif.

“Kota Kesihatan Melaka ini akan menjadi pemangkin kemakmuran, memperkasa sektor kesihatan dan meletakkan Melaka di peta pelancongan perubatan dunia,” katanya ketika merasmikan program tersebut.

-RI

Tinggalkan komen anda