Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurFokusKelantanSARA

SARA Ringankan Beban Rakyat Menjelang Ramadan

By 13 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zulfadli Ab Hamid (Machang)

MACHANG, 13 Feb (MalaysiaAktif) – Penduduk di sekitar Bandar Machang menyambut baik pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang telah dikreditkan ke MyKad penerima berumur 18 tahun ke atas sebanyak RM100 secara sekali beri bermula Isnin lalu.

Inisiatif ini disifatkan membantu meringankan beban kewangan dan perbelanjaan harian khususnya golongan bujang, berpendapatan rendah serta penduduk luar bandar dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.

Siti Aini, berkata SARA membantu perbelanjaan keluarganya menjelang Ramadan.

Tinjauan di sebuah pasar raya di sini mendapati kebanyakan penerima memanfaatkan kemudahan bayaran tanpa tunai menggunakan MyKad untuk membeli barangan keperluan asas seperti beras, gula, telur, minyak masak dan roti.

Seorang penerima, Siti Aini Che Lah, 37, berkata bantuan tersebut membantu keluarganya menampung perbelanjaan makanan bulanan, terutama menjelang bulan Ramadan.

“Pembelian barangan dapur tanpa menggunakan wang simpanan amat membantu, khususnya kepada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana,” katanya kepada Malaysia Aktif.

Orang ramai berkunjung ke premis Econjaya untuk membeli barangan keperluan harian.

Beliau turut menyifatkan penggunaan MyKad sebagai mudah, pantas dan tidak membebankan, selain tidak memerlukan pengeluaran tunai atau pengisian borang.

Sementara itu, pihak pengurusan pasar raya memaklumkan berlaku peningkatan kunjungan pelanggan dalam kalangan penerima SARA, sekali gus memberi kesan positif kepada ekonomi setempat.

-RI

Tinggalkan komen anda