Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanFokusMelakaSARA

SARA Sekali Beri RM100 Ringankan Beban Rakyat

By 10 Februari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan

AYER KEROH, 10 Feb (MalaysiaAktif) – Rakyat Malaysia menyambut baik pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sekali beri berjumlah RM100 yang disalurkan kerajaan sebagai inisiatif membantu meringankan kos sara hidup, khususnya dalam keperluan barangan asas.

Tinjauan mendapati sumbangan berkenaan sedikit sebanyak membantu rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana, untuk menampung perbelanjaan harian yang semakin meningkat.

Menurut seorang penerima, Luqman Hakim Bahtiar, 29, sumbangan tersebut amat bermakna walaupun nilainya tidak besar.

“RM100 ini sangat membantu, sekurang-kurangnya boleh digunakan untuk membeli barang keperluan dapur seperti beras dan minyak masak. Terima kasih kepada kerajaan kerana prihatin dengan keadaan rakyat,” katanya.

Amilia Johari.

Sementara itu, Amilia Johari, 32, yang juga penerima berkata bantuan berkenaan menunjukkan usaha kerajaan untuk terus mendengar keluhan rakyat.

“Kos sara hidup sekarang memang mencabar. Bantuan seperti ini sedikit sebanyak melegakan, terutama untuk keluarga yang mempunyai tanggungan,” ujarnya.

Kerajaan sebelum ini memaklumkan pemberian sekali beri SARA RM100 bertujuan memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara di samping menyokong perbelanjaan asas golongan memerlukan.

-RI

Tinggalkan komen anda