Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

1,000 Penduduk Meriahkan Iftar Santai DUN Gemencheh 2026

By 7 Mac 2026Mac 8th, 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Fauzi (Tampin)

TAMPIN, 7 Mac (MalaysiAktif) – Hampir 1,000 warga setempat membanjiri Dataran Mini Kampung Tengah, Gemencheh, di sini bagi menjayakan program Iftar Santai DUN Gemencheh 2026, semalam.

Suhaimizan menyantuni pengunjung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh Suhaimizan Bizar berkata penganjuran yang memasuki tahun keempat itu terus menerima sambutan luar biasa daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk masyarakat kaum Cina dan India.

“Walaupun berkonsepkan santai, pihak penganjur turut menyediakan inisiatif Jualan RAHMAH bagi memudahkan orang ramai membeli barangan keperluan pada harga berpatutan.

“Bagi memastikan ibadat di bulan mulia ini tidak terabai, kemudahan tempat solat yang selesa turut disediakan di Balai Raya Kampung Tengah untuk kegunaan pengunjung,” katanya ketika ditemui pada majlis tersebut.

Suhaimizan menyampaikan sumbangan kepada warga emas.

Program berkenaan turut menyaksikan 81 warga emas menerima sumbangan RM200 seorang yang merupakan inisiatif daripada kerajaan Negeri Sembilan bagi meringankan beban golongan tersebut.

Salah seorang pengunjung, Fazleyaty Arifin, 51, menyifatkan program tersebut sebagai platform terbaik dalam merapatkan ukhuwah antara pemimpin dan masyarakat setempat, selain berharap ia diteruskan sebagai tradisi tahunan.

-RI

Tinggalkan komen anda