Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

14 Masjid dan Surau Sekitar Pandamaran Terima Sumbangan

By 18 Mac 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zaimah Zakaria (Klang)

KLANG, 18 Mac (MalaysiaAktif) – Sebanyak empat buah masjid dan sepuluh buah surau di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandamaran menerima sumbangan pada Majlis Berbuka Puasa di Dewan Laman Sophie Harbour Place, Klang, di sini semalam.

Setiap sumbangan bernilai RM2,000 disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran, Leong Tuck Chee bagi menyokong aktiviti keagamaan dan kebajikan di kawasan berkenaan.

“Semoga usaha kecil ini membawa manfaat dan keberkatan kepada semua penerima,” katanya kepada Malaysia Aktif.

Dalam masa sama, beliau turut memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor menyediakan Program Insentif Haji Muassasah secara tunai bagi membantu meringankan beban kewangan jemaah.

“Pada tahun 2026, sebanyak RM1,500 akan diberikan kepada jemaah Haji Muassasah, iaitu peningkatan sebanyak RM500 berbanding RM1,000 pada tahun sebelumnya,” jelasnya.

-AA

Tinggalkan komen anda