
Laporan/foto: Suhaime Sahirul (Sipitang)
SIPITANG, 17 Mac (MalaysiaAktif) – Masjid Haji Abdullah Kampung Lumut dipenuhi jemaah terutama golongan belia untuk beriktikaf sepanjang 10 malam terakhir Ramadan demi mengejar ganjaran pahala lailatulqadar.
Program qiyamullail bermula seawal 3 pagi sebelum diteruskan dengan aktiviti bersahur bersama masyarakat setempat serta ahli jawatankuasa masjid.

Mohd Rashid (kiri) dan Amit Nudin (kanan) yang menyertai program Qiyamullail di Masjid Haji Abdullah Kampung Lumut, Sipitang.
Jemaah, Mohd Rashid, 20, berkata penyertaan golongan muda itu penting bagi mendekatkan diri mereka dengan aktiviti masjid.
“Masjid ini diimarahkan oleh golongan belia yang merupakan perintis atau pewaris masa akan datang kerana layanan pihak masjid amat baik dan sentiasa menyantuni masyarakat,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan di sini, semalam.
Sementara itu, Amit Nudin, 19, berkata program berkenaan memberi peluang kepada belia untuk lebih menghayati keistimewaan 10 malam terakhir Ramadan.
“Program sebegini mendatangkan banyak kelebihan kepada orang-orang yang menghidupkan 10 malam terakhir,” kata jemaah,” katanya yang juga percaya aktiviti tersebut dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara penduduk melalui aktiviti bersahur bersama-sama.
-RJ-





