Skip to main content
Berita TempatanSabah

Majlis Khatam Al-Quran Perdana Hidupkan Budaya Membaca Al-Quran

By 17 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Malina Jamarin (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 17 Mac (MalaysiaAktif) – Lebih 400 peserta daripada pelbagai persatuan, agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai Majlis Khatam Al-Quran Perdana di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Marhamah Rosli berharap aktiviti seumpamanya dapat diamalkan secara berterusan dan tidak terhad kepada bulan Ramadan sahaja.

Marhamah menyampaikan tazkirah sebelum merasmikan Majlis Khatam Al-Quran Perdana di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.

“Amalan ini bukan sahaja mengangkat syiar kemuliaan Al-Quran, malah membawa keberkatan serta mengeratkan ukhuwah sesama umat,” katanya ketika merasmikan program tersebut di sini pada Ahad.

Marhamah memberitahu penganjuran program itu menggalakkan umat Islam memperbanyakkan interaksi dengan kitab Allah melalui bacaan, pemahaman dan penghayatan.

Amalan tersebut wajar diteruskan bagi mengeratkan silaturahim sesama umat selain mengangkat syiar agama.

Pengerusi program Arsiah Bahron berkata majlis berkenaan turut memupuk budaya membaca Al-Quran dalam kalangan masyarakat khususnya golongan wanita dan remaja.

Arsiah Bahron, menyifatkan penganjuran majlis khatam Al-Quran sebagai platform terbaik memupuk minat membaca kitab suci dalam kalangan wanita dan remaja.

“Semoga penganjuran majlis ini memberi peluang kepada lebih ramai Muslimah untuk mengkhatamkan Al-Quran bersama-sama,” katanya.

Program itu dianjurkan bersama oleh beberapa badan dakwah dan badan bukan kerajaan (NGO) wanita dengan kerjasama Akademi Kenegaraan Malaysia serta agensi agama peringkat negeri dan persekutuan.

-RJ-

Tinggalkan komen anda